Panel Skrin AMOLED Boleh Lipat Daripada Sharp Berjaya Melepasi 300,000 Kali Ujian Lipatan Comments Off on Panel Skrin AMOLED Boleh Lipat Daripada Sharp Berjaya Melepasi 300,000 Kali Ujian Lipatan 499

Tahun 2019 ini telahpun menyaksikan kemunculan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat, dan buat masa ini trend tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak selepas Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X didedahkan kepada umum. Bahkan Motorola juga dilaporkan sedang menghasilkan peranti boleh lipatnya yang akan tampil dengan nama RAZR.

Sharp juga tidak mahu ketinggalan apabila ia juga dilihat sudah mula membuat demonstrasi untuk panel skrin boleh lipat keluarannya hari ini. Untuk demonstrasi itu, Sharp telah menggunakan paparan skrin AMOLED boleh lipat prototaip yang berukuran 6.18 inci dengan resolusi 1440 x 3040 piksel.

Menurut Sharp lagi, panel AMOLED boleh lipatnya itu dikatakan telah berjaya dilipat sebanyak 300,000 kali dalam ujian lipatan tanpa masalah. Ini dilihat jauh lebih tahan lasak jika dibandingkan dengan ujian ketahanan yang dilakukan pada Samsung Galaxy Fold yang mencapai sehingga 200,000 kali.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend