Pameran Telefon Pintar Terbesar MWC 2020 Dibatalkan Comments Off on Pameran Telefon Pintar Terbesar MWC 2020 Dibatalkan

Berikutan banyak pemain antarabangsa mula menarik diri daripada menyertai pameran telefon pintar terbesar, MWC 2020 yang akan diadakan pada penghujung bulan ini, GSMA selaku penganjur hari ini telah membuat keputusan untuk membatalkan acara itu daripada berlangsung.

Dalam kenyataan mereka, CEO GSMA, John Hoffman berkata wabak Koronavirus membuatkan acara itu mustahil untuk diadakan walaupun berbaki lebih kurang dua minggu sebelum ia berlangsung.

GSMA tidak bercadang untuk menunda acara ini memandangkan wabak Koronavirus yang semakin membimbangkan, malah mereka berharap dapat mengadakannya pada tahun hadapan dalam MWC 2021 di Barcelona.

Setakat artikel ini ditulis, kes berjangkit disebabkan virus dari Wuhan itu mencatatkan lebih 60 ribu pesakit dari seluruh dunia, naik mendadak sejak semalam iaitu lebih kurang 15 ribu daripada 45 ribu dilaporkan kelmarin.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend