Palam Kuasa Apple 18W Mula Dijual Di Malaysia 0 543

Teknologi pengecasan pantas Apple telah bermula pada peranti iPhone 8, 8Plus, dan X. Walaupun kini masuk tahun kedua Apple menawarkan ciri tersebut, palam kuasa berkuasa kecil nampaknya masih lagi disertakan di dalam kotak pembelian iPhone walaupun ianya sebuah XS Max.

Walaubagaimanapun bermula hari ini para pengguna iPhone terutamanya iPhone 8 dan ke atas, anda kini boleh membeli palam kuasa 18W USB C pada harga RM149 di laman rasmi Apple Malaysia. Seperti biasa, kabel perlu dibeli secara berasingan pada harga RM89 (1m) sekaligus menjadikan harga keseluruhan untuk mendapatkan sistem penuh pengecasan pantas Apple bernilai RM238 seunit.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend