Padah Tweet Tahun Baru Menggunakan iPhone, Huawei Ambil Tindakan Tatatertib Comments Off on Padah Tweet Tahun Baru Menggunakan iPhone, Huawei Ambil Tindakan Tatatertib 688

Tahun baru tempoh hari kita dihujani dengan pelbagai ucapan termasuklah daripada pihak Huawei Malaysia di laman Twitter rasmi mereka. Menerusi tweet tersebut, seperti biasa ungkapan kata-kata semangat dikongsikan beserta gambar percikan bunga api. Bagaimanapun tweet tersebut telah mencuri perhatian para pengikut termasuklah kami sendiri.

Tweet yang dimuat naik pada malam 31 Disember itu telah dikenal pasti dikongsikan melalui iPhone. Seperti sedia maklum, Huawei sebelum ini telah mengumumkan larangan kakitangan mereka daripada menggunakan peranti keluaran Apple.

Perkara yang sama turut berlaku di laman Twitter rasmi Huawei Technologies (Huawei Global) yang mana tweet berkenaan telah dimuat naik menggunakan iPhone. Melihat kepada kecaman yang diterima, pihak Huawei China hari ini telah mengambil tindakan terhadap kakitangan yang terbabit. Daripada khabar angin, kakitangan tersebut telah diturunkan pangkat serta dipotong gaji sebanyak 5000 Yuan (~RM3000), selain prestasi tahunan (KPI) juga tidak akan melebihi gred B. Tambahan, kenaikan gaji dan pangkat untuk tahun 2019 telah dibekukan selama 12 bulan.

Setakat ini, kami masih belum mendengar sama ada tindakan tatatertib diambil atau tidak terhadap kakitangan Huawei Malaysia. Bagaimanapun, kedua-dua tweet ini sempat dirakam sebelum ia dipadam serta merta.

Pembekal LCD Huawei Ambil Tindakan Terhadap Pekerja Yang Membeli iPhone

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend