OPPO Terima Kelulusan Tanda Dagangan Untuk ‘Shark Fin’ Yang Merujuk Pada Kamera Depan Reno Comments Off on OPPO Terima Kelulusan Tanda Dagangan Untuk ‘Shark Fin’ Yang Merujuk Pada Kamera Depan Reno 468

Baru-baru ini OPPO disahkan telahpun menerima kelulusan tanda dagangan untuk menggunakan nama ‘Shark Fin’ daripada Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Jika dilihat pada nama tersebut, ia dipercayai mungkin merujuk pada rekaan kamera depannya yang hadir dengan rekaan terangkat yang lebih unik mirip seperti sirip ikan jerung.

Selain itu, EUIPO juga telah meluluskan penggunaan tanda dagangan untuk nama ‘3D-Lut’ yang buat masa ini masih belum diketahui maklumat lanjut berhubungnya. Walau bagaimanapun, kedua-dua nama ini diyakini akan diguna pakai pada siri Reno yang telahpun dijadualkan akan dilancarkan pada 10 April nanti.

Bahkan baru-baru ini juga beberapa spesifikasi varian tertinggi OPPO Reno telah tertiris seperti sokongan kamera depan 16MP, tiga kamera utama beresolusi 48MP + 8MP + 13MP dengan teknologi 10x zum optikal menggunakan lensa periskop, dikuasakan oleh Snapdragon 855, dan juga skrin FHD+ berukuran 6.65 inci.

sumber

Baca juga:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend