Oppo Tawar Kad MicroSD 32GB Percuma Untuk Pembelian A3s 3GB Comments Off on Oppo Tawar Kad MicroSD 32GB Percuma Untuk Pembelian A3s 3GB

Bagi menarik minat orang ramai akan peranti Oppo A3s 3GB, Oppo hari ini menawarkan kad microSD 32GB secara percuma kepada mereka yang membuat pembelian bermula 14 September ini. Peranti kelas permulaan ini dijual pada harga runcit RM899 seunit.

Merujuk kepada kertas spesifikasi, Oppo A3s 3GB dilengkapi skrin seluas 6.2-inci beresolusi HD+. Dijana melalui cipset Snapdragon 450, ia turut digandingkan bersama memori 3GB RAM, serta storan sebesar 32GB. Pada bahagian lain, kamera utama hadir dengan sensor 13MP + 2MP, kamera depan 8MP disamping bateri berkapasiti 4,230mAh.

Tawaran ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Oppo seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend