OPPO Tawar Ganjaran Dan Hadiah Sehingga RM10 Juta Sempena Sambutan Hari Raya Comments Off on OPPO Tawar Ganjaran Dan Hadiah Sehingga RM10 Juta Sempena Sambutan Hari Raya

Bagi meraikan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma, OPPO Malaysia telah mengumumkan tawaran ganjaran dan juga hadiah percuma dengan nilai cecah RM10 juta. Tempoh promosi ini akan diadakan bermula 9 Mei hingga 31 Mei 2020.

HADIAH PERCUMA & DISKAUN

Peminat telefon pintar OPPO berpeluang untuk mendapatkan pelbagia hadiah percuma yang menarik dan juga diskaun hebat untuk setiap pembelian telefon pintar keluaran OPPO yang terpilih seperti berikut:

  • OPPO A siri – PERCUMA OPPO Bagpack bernilai RM199
  • OPPO A9 2020 – DISKAUN sebanyak RM100
  • OPPO Reno siri – PERCUMA OPPO Enco W31 bernilai RM259
  • OPPO Find X2 siri – PERCUMA OPPO Enco Free bernilai RM499

CABUTAN BERTUAH (10 hingga 31 Mei 2020)

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, pembeli yang membuat pembelian mana-mana peranti OPPO juga turut berpeluang terpilih sebagai pemenang bertuah dalam ‘CABUTAN BERTUAH’ yang akan diadakan di Facebook OPPO pada setiap malam, jam 8 malam.

OPPO akan menawarkan 100 hadiah pada setiap hari, yang mana terdiri daripada 10 pemenang 100% pulangan tunai untuk telefon pintar yang dibeli, 30 unit OPPO Enco W31 bernilai RM259, dan juga 60 unit baucar diskaun bernilai RM30.

PROMO KOD EKSKLUSIF OPPO A92

Bagi yang berminat untuk memiliki OPPO A92, OPPO Malaysia turut menawarkan rebat sebanyak RM50 melalui promo kod eksklusif. Untuk mendapatkan rebat ini, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi MYOPPO dan mengisi borang menerima kod diskaun melalui SMS ke nombor yang didaftarkan.

Pelanggan hanya perlu menunjukkan kod promo yang diterima di dalam aplikasi MYOPPO apabila mengunjungi mana-mana cawangan OPPO Brand Store untuk menikmati diskaun RM50. Promo kod ini juga boleh digunakan melalui pembelian OPPO A92 secara atas talian di www.oppo.com.my (4 hingga 31 Mei 2020).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend