Oppo Tanda Dagang Find Z – Bakal Menggantikan Find X Tetapi Dengan Cipset Snapdragon 855 Comments Off on Oppo Tanda Dagang Find Z – Bakal Menggantikan Find X Tetapi Dengan Cipset Snapdragon 855 611

Sistem data Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) baru-baru ini telah memperlihatkan tanda dagang untuk nama Find Z. Nama Find Z ini nampaknya telah ditanda dagang oleh Oppo untuk digunakan pada telefon pintar generasi terbaharu mereka tidak lama lagi.

Find Z dikatakan bakal hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 untuk menggantikan Oppo Find X yang dilancarkan pada tahun lalu. Tingkat taraf ini dilakukan memandangkan kebanyakan peranti mercu tahun ini akan menggunakan Snapdragon 855.

Selain daripada itu, cipset Snapdragon 855 juga mengandungi modem Qualcomm X50 untuk sokongan rangkaian 5G. Secara tidak langsung menjadikan Oppo Find Z antara telefon pintar terawal yang membawakan ciri 5G apabila dilancarkan kelak. Dikatakan, peranti ini mungkin hadir dengan kamera utama 10x zum optikal serta pengimbas cap jari pada skrin yang lebih besar.

Ia hadir dengan tri kamera belakang dengan salah satunya menggunakan sensor ToF 3D untuk kegunaan kecerdasan buatan (AR). Ciri lain yang menarik adalah sokongan sistem pengecasan pantas SuperVOOC 50W.

Memandangkan acara MWC 2019 akan berlangsung pada bulan ini, Oppo mungkin dilihat tidak akan mengumumkannya di sana tetapi akan mengadakan acara khas tidak lama selepas itu.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend