OPPO SuperVOOC 2.0 Kini Rasmi, 65W Boleh Cas Bateri 4000mAh Dalam 30 Minit Comments Off on OPPO SuperVOOC 2.0 Kini Rasmi, 65W Boleh Cas Bateri 4000mAh Dalam 30 Minit 196

Jenama OPPO bukan sahaja dikenali di seluruh dunia bahkan pengeluar telefon China juga sering tampil dengan inovasi melalui teknologi yang hebat pada telefon pintar. Ini tidak dinafikan apabila mereka buat pertama kali memperkenalkan teknologi SuperVOOC 50W pada akhir tahun lalu. Kini, generasi kedua SuperVOOC telah diperkenalkan kepada umum.

SuperVOOC 2.0 menawarkan sistem pengecasan 65W untuk telefon pintar dan melaluinya bateri 4000mAh boleh dicas penuh hanya dalam tempoh 30 minit sahaja. Proses ini sekaligus lebih pantas daripada SuperVOOC 50W yang ada pada telefon pintar OPPO R17 Pro.

OPPO mendakwa, SuperVOOC 2.0 dapat menaikkan peratus bateri kepada 27% hanya dengan 5 minit pengecasan yang mana membolehkan anda membacuh kopi misalnya. Antara faktor yang membolehkan pengecasan pantas ini berlaku adalah OPPO menggunakan semikonduktor berasaskan Gallium Nitride (GaN) dan melaluinya palam kuasa juga boleh dikecilkan.

Pada masa sama, OPPO turut memperkenalkan dua lagi teknologi pengecasan terbaru – 30W Wireless VOOC Flash Charge dan VOOC 4.0. Untuk pengecasan tanpa wayar, OPPO mengatakan bateri 4000mAh boleh dipenuhkan hanya dalam tempoh 80 minit. Sekiranya peranti lain tidak menyokong format VOOC, peranti tersebut juga boleh dicas seperti biasa menggunakan format 10W atau sebagainya.

VOOC 4.0 pula ialah teknologi pengecasan dengan kuasa 30W. Teknologi ini mungkin akan diguna pakai pada kebanyakan telefon keluaran OPPO pada masa akan datang bagi menggantikan VOOC 3.0 20W dengan 12% lebih pantas mengecas. Algoritma VFC yang terbaru juga membolehkan masa mengecas 10% baki terakhir kapasiti bateri dipendekkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend