OPPO Reno3 Untuk Pasaran Global Hadir Dengan Spesifikasi Berbeza – Helio P90 Dan Kamera Depan 44MP Comments Off on OPPO Reno3 Untuk Pasaran Global Hadir Dengan Spesifikasi Berbeza – Helio P90 Dan Kamera Depan 44MP

Pada penghujung Disember yang lepas, OPPO telahpun melancarkan siri OPPO Reno3 untuk pasaran di China. Sebagaimana yang kita ketahui, varian Reno3 dan Reno3 Pro di China masing-masing hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Bahkan awal bulan Mac, OPPO India juga telah melancarkan varian global untuk model Reno3 Pro yang menampilkan sedikit kelainan dengan menampilkan sokongan rangkaian 4G, cipset MediaTek Helio P95, dwi kamera depan 44MP + 2MP dan juga kuad kamera dengan lensa utama 64MP.

Menurut perkongsian portal 91mobiles, varian global OPPO Reno3 juga akan menampilkan sedikit kelainan pada spesifikasinya. Ini termasuklah menyokong cipset MediaTek Helio P90, kamera depan 44MP, dan juga kuad kamera dengan lensa utama kini diturunkan resolusinya kepada 48MP.

OPPO Reno3 varian global dengan sokongan rangkaian 4G ini juga telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada minggu depan iaitu 16 Mac 2020.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend