OPPO Reno3 Pro 5G Sokong Bateri Berkapasiti 4025mAh Dengan Kerangka Hanya 7.7mm Comments Off on OPPO Reno3 Pro 5G Sokong Bateri Berkapasiti 4025mAh Dengan Kerangka Hanya 7.7mm 112

OPPO sebelum ini telahpun melancarkan siri Reno untuk pasaran global pada bulan April yang lalu dengan penawaran siri OPPO Reno. Selepas empat bulan, siri OPPO Reno2 pula telah diperkenalkan di pasaran iaitu pada bulan Ogos 2019.

Nampaknya kini berita mengenai kehadiran siri OPPO Reno3 pula mula diperkatakan, selepas Brian Shen selaku Naib Presiden OPPO sendiri telah mengesahkan kewujudan model ini. Melalui akaun Twitter rasminya, dia telah mendedahkan bahawa varian Reno3 Pro 5G akan dijana dengan bateri berkapasiti 4025mAh.

Apa yang menariknya, walaupun memiliki kapasiti bateri yang mengikut standard pasaran, Reno3 Pro 5G masih mampu menyokong kerangka yang nipis iaitu hanya 7.7mm. Sebagai rujukan, Reno (3765mAh) dan Reno2 (4000mAh) masing-masing memiliki kerangka lebih tebal iaitu 9.0mm dam 9.5mm.

Buat masa ini tiada spesifikasi terperinci berjaya didedahkan, tetapi Reno3 Pro 5G dijangka menyokong rekaan lubang kamera pada skrin.

Baca juga:

OPPO Reno2 Dan Reno2 F Kini Rasmi Di Malaysia – Masing-masing RM2299 Dan RM1599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend