OPPO Reno3 Dan Reno3 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Mula Dijual Hari Ini Pada Harga RM1699, RM2399 Comments Off on OPPO Reno3 Dan Reno3 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Mula Dijual Hari Ini Pada Harga RM1699, RM2399

OPPO hari ini melancarkan siri Reno3 untuk pasaran tanah air menerusi dua model terbaru – Reno3 Pro dan Reno3. Spesifikasi peranti ini sedikit berbeza dengan versi China yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu.

OPPO Reno3 Pro menawarkan kuadkamera belakang 64MP + 13MP + 8MP + 2MP, menyertakan lensa telefoto yang menyokong 5x zum hibrid dan 20x digital zum, lensa ultralebar dengan lensa mono. Kameranya menyokong ciri rakaman Ultra Clear Image 108MP dan pada kamera depan pula menyediakan tetapan dwikamera 44MP.

Bateri yang dimuatkan ialah sebesar 4025mAh dan menyokong pengecesan VOOC 4.0 30W (0-50% dalam masa 20 minit). Konfigurasi dilengkapkan dengan cip pemproses Helio P95, memori sehingga 8GB + 256GB, dan sistem operasi ColorOS 7 berasaskan Android 10.

Untuk Reno3 pula ia memiliki spesifikasi yang rendah sedikit antaranya seperti penggunaan kuadkamera belakang 48MP, skrin bertakuk, dan sokongan pengecasan VOOC 3.0 20W.

OPPO Reno3 Pro dan Reno3 mula dijual hari ini dan boleh didapati di kedai fizikal atau melalui atas talian OPPO Malaysia, Lazada, Shopee, serta wakil penjual sah di seluruh negara. Tidak lama lagi ia juga akan ditawarkan di Maxis dan Digi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend