OPPO Reno3 Akan Diperkenalkan Kepada Umum Pada 26 Disember Ini Comments Off on OPPO Reno3 Akan Diperkenalkan Kepada Umum Pada 26 Disember Ini

OPPO Reno3 yang merupakan generasi ketiga siri-Reno (kecuali Reno Ace) kini telah sah akan dilancarkan di peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Siri Reno3 dipercayai bakal tampil dalam tiga varian iaitu versi biasa, versi Pro, dan versi Pro 5G. Ketiga-tiga peranti ini akan diperkenalkan di dalam satu acara yang akan berlangsung di Hangzhou, China pada 26 Disember ini.

Video acah yang diterbitkan baru-baru ini turut memperlihatkan rekaan skrin dengan takuk titisan air, manakala versi Pro pula dilengkapi skrin melengkung dengan kamera terbenam padanya.

Sementara reka bentuk belakang untuk semua varian mempunyai modul kamera yang sama tetapi berbeza daripada generasi terdahulu – kini ditegakkan di bahagian tepi.

Reno3 Pro 5G dijangka akan dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 1000 (cipset kelas mercu) manakala versi Pro pula akan menggunakan Snapdragon 765G.

Apa-apapun kita akan melihat lebih banyak lagi ciri terbaru semasa pelancaran nanti.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend