OPPO Reno Varian Snapdragon 710 Dipercayai Sokong 8GB RAM, Storan 256GB Dan Skrin 6.4″ AMOLED Comments Off on OPPO Reno Varian Snapdragon 710 Dipercayai Sokong 8GB RAM, Storan 256GB Dan Skrin 6.4″ AMOLED 633

OPPO sebelum ini telahpun disahkan akan melancarkan secara rasmi siri Reno pada 10 April 2019 nanti, dan sebagaimana yang kita sedia maklum ia akan ditawarkan dalam beberapa varian berbeza. Selepas imej pengolokan OPPO Reno varian Snapdragon 710 berjaya dikongsikan, kini spesifikasi peranti ini pula berjaya didedahkan melalui laman rasmi TENAA di China.

Melalui pendedahan tersebut, OPPO Reno varian Snapdragon 710 dipercayai akan dioperasikan dengan ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Ditawarkan dalam tiga varian berbeza dengan konfigurasi memori 6GB + 128GB, 6GB + 256GB dan juga 8GB + 256GB, peranti ini juga menyokong bateri berkapasiti 3680 mAh.

Dari segi paparan pula, OPPO Reno varian Snapdragon 710 tersedia dengan panel AMOLED beresolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) sebesar 6.4 inci. Manakala keupayaan penggambarannya pula menjanjikan dwi kamera utama beresolusi 48MP + 5MP, dan juga kamera swafoto beresolusi 16MP dengan rekaan terangkat yang unik.

 

OPPO Reno kelas pertengahan ini memiliki kerangka berukuran 156.6 x 74.3 x 9.0mm dan juga berat mencecah 185g.

sumber

Baca juga:

Imej Pengolokan Sarung Pelindung OPPO Reno Varian Snapdragon 710 Memperlihatkan Rekaan Kamera Depan Unik

Sampel Gambar, Spesifikasi, Varian, Dan Harga Oppo Reno Mula Didedahkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend