Oppo Reno Mungkin Tiba Dengan Empat Warna Ini 1 255

Kami juga agak keliru dengan peranti Oppo Reno ini kerana ada khabar angin mengatakan peranti menggunakan cipset Snapdragon 855 dan ada juga maklumat tertiris menunjukkan peranti menggunakan Snapdragon 710. Jadi, kemungkinan besar Oppo Reno ini akan hadir dengan beberapa model memandangkan nama Reno juga mewakili kepada barisan siri.

Walau bagaimanapun, maklumat terbaru yang mula tersebar hari ini ialah penawaran pilihan warna yang akan hadir semasa pelancaran nanti. Beberapa keping poster memperlihatkan peranti dengan pilihan warna ungu, merah jambu, hijau, dan hitam.

Oppo Reno turut dikhabarkan akan dilengkapi sistem tri kamera belakang yang mungkin menggunakan sensor jenis periskop untuk fungsi 10x lossless zoom. Selain itu, ia akan dikuasakan bateri yang besar berkapasiti lebih 4,000mAh.

Peranti ini akan dilancarkan pada 10 April 2019 di China. Jadi sama-sama kita nantikan.

sumber

Baca juga:

Spesifikasi OPPO Reno Tertiris, Hadir Dengan Skrin 6.4″, Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera 48MP

Oppo Umum Sub-Jenama Baharu – Reno

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend