OPPO Reno FC Barcelona Edition Berharga RM3999 Mula Dibuka Untuk Pra-Tempah Bermula 21 Julai Comments Off on OPPO Reno FC Barcelona Edition Berharga RM3999 Mula Dibuka Untuk Pra-Tempah Bermula 21 Julai 198

OPPO sebelum ini baru sahaja melancarkan model istimewanya iaitu OPPO Reno FC Barcelona Edition untuk pasaran Eropah terpilih beberapa hari yang lepas. Kini tanpa perlu menunggu lama, anda yang berminat untuk memiliki model ini sudah boleh berbuat demikian bermula minggu depan.

Dijual pada harga RM3,999, pra-tempah OPPO Reno FC Barcelona Edition sudah boleh dibuat pada 21 hingga 25 Julai 2019. Setiap pra-tempah edisi istimewa OPPO Reno 10x Zoom akan turut menerima hadiah eksklusif bernilai RM898 iaitu berupa O-Free Earphones bernilai RM599, dan juga Barca Bag bernilai RM299.

OPPO Reno FC Barcelona Edition yang telah dipra-tempah boleh diambil selepas 26 Julai 2019. Sekiranya anda ingin menjadi antara pemilik edisi istimewa ini, pra-tempah boleh dibuat melalui beberapa saluran berbeza seperti berikut:

Baca juga:

OPPO Reno 10x Zoom Edisi FC Barcelona Diperkenalkan Secara Rasmi

Oppo Reno 10X Zoom Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend