OPPO Reno Dilaporkan Menggunakan Teknologi Rakaman Audio OZO Daripada Nokia Comments Off on OPPO Reno Dilaporkan Menggunakan Teknologi Rakaman Audio OZO Daripada Nokia

OPPO Reno sebelum ini berjaya mendapat perhatian ramai apabila ia menawarkan keupayaan penggambaran 10x zum tanpa mengurangkan kualiti hasil gambar yang diambil. Ini berjaya dicapai dengan sokongan modul kamera jenis periskop yang dalam masa yang sama memastikan permukaan lensa yang rata.

OPPO Reno varian SD710 (kiri) dan OPPO Reno varian SD855 dengan modul kamera periskop (kanan).

Melalui perkongsian laporan kewangan suku pertama tahun 2019, Nokia telah mendedahkan bahawa OPPO Reno disahkan telah menggunakan teknologi rakaman audio OZO yang dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan dari Finland ini. Walau bagaimanapun, pihak Nokia tidak mendedahkan sama ada teknologi audio ini digunakan pada kedua-dua varian OPPO Reno ataupun hanya untuk varian 10x zum sahaja.

Contoh rakaman video dengan teknologi audio OZO:

Ternyata pendedahan yang dikongsikan oleh Nokia ini boleh dianggap sesuatu yang baharu kerana OPPO sebelum ini langsung tidak menyentuh tentang sokongan teknologi audio OZO ini pada model OPPO Reno. Apa yang pasti, kualiti rakaman video dengan sokongan 10x zum dengan kombinasi audio OZO ini sudah tentunya menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

sumber

Baca juga:

OPPO Reno Dilancarkan – Snapdragon 855, Tiga Kamera 48MP dengan 10x Lossless Zoom dan VOOC 3.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend