OPPO Reno Dilancarkan – Snapdragon 855, Tiga Kamera 48MP dengan 10x Lossless Zoom dan VOOC 3.0 Comments Off on OPPO Reno Dilancarkan – Snapdragon 855, Tiga Kamera 48MP dengan 10x Lossless Zoom dan VOOC 3.0 514

Hari ini penantian OPPO Reno akhirnya telah terjawab selepas ia dilancarkan secara rasmi di China dengan kemunculan dua varian iaitu OPPO Reno dan juga OPPO Reno edisi 10x Zoom.

OPPO Reno

OPPO Reno edisi biasa ini menampilkan paparan skrin penuh AMOLED sebesar 6.4 inci FHD+ yang lebih tahan lasak dengan panel Corning Gorilla Glass 6. Malah ia juga dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari dalam skrin dan telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710, RAM berkapasiti sehingga 8GB, dan juga ruang storan sehingga 256GB.

Aspek penggambarannya telah dikuasakan dengan dwi kamera beresolusi 48MP (f/1.7) + 5MP (f/2.4) yang dibantu oleh teknologi penstabilan OIS. Manakala untuk kamera depannya pula menyokong lensa terangkat beresolusi 16MP dengan lampu LED Flash. OPPO Reno ini juga menyokong bateri 3765 mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0, dan juga fungsi Game Boost 2.0.

OPPO Reno ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu hijau, merah jambu, biru dan hitam, dan akan akan dijual pada harga seperti berikut:

  • 6GB + 128GB – CNY2,999 (kira-kira RM1,833)
  • 6GB + 256GB – CNY3,299 (kira-kira RM2,017)
  • 8GB + 256GB – CNY3,599 (kira-kira RM2,200)

Spesifikasi OPPO Reno:

  • ColorOS 6 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 710
  • 6/8GB RAM + 128GB/256GB ROM
  • 6.4 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.7, Sony IMX586) + 5MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • 3765 mAh (VOOC 3.0)
  • USB Type-C, bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari pada skrin, pengecaman wajah
  • Game Boost 2.0
  • Dolby Atmos
  • 156.6 x 74.3 x 9.0mm
  • 185g

OPPO Reno 10x Zoom

Selain OPPO Reno varian Snapdragon 710, OPPO turut memperkenalkan OPPO Reno 10x Zoom yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang jauh lebih berkuasa. Ia telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855, dengan kombinasi RAM berkapasiti sehingga 8GB, dan juga ruang storan sehingga 256GB.

Menyokong paparan skrin AMOLED berukuran 6.65 inci FHD+ dengan panel Corning Gorilla Glass 6, OPPO Reno varian tertinggi ini turut menawarkan fungsi HDR10+ dan juga pengimbas cap jari pada skrin generasi ke-6 bagi memastikan imbasan lebih pantas. Ketahanan pengoperasiannya pula dijana oleh bateri 4065 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0.

Aspek permainan pada OPPO Reno 10x Zoom ini terasa lebih baik dengan adanya sistem penyejukan cecair, manakala aspek penggambarannya menjanjikan ciri 10x Lossless Zoom, dwi OIS zum optikal melalui sokongan tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.7) + 13MP (f/3.0, lensa periskop) + 8MP (f/2.2, lensa sudut lebar).

OPPO Reno 10x Zoom hanya ditawarkan dalam dua warna pilihan sahaja iaitu hijau dan hitam, dan dijual pada harga seperti berikut:

  • 6GB + 128GB – CNY3,999 (kira-kira RM2,445)
  • 6GB + 256GB – CNY4,499 (kira-kira RM2,750)
  • 8GB + 256GB – CNY4,799 (kira-kira RM2,934)

Spesifikasi OPPO Reno 10x Zoom:

  • ColorOS 6 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855 
  • 6/8GB RAM + 128GB/256GB ROM
  • 6.65 inci AMOLED (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.7, Sony IMX586) + 13MP (f/3.0, lensa periskop) + 8MP (f/2.2, lensa sudut lebar 120°)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • 4065mAh (VOOC 3.0)
  • USB Type-C, bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari pada skrin, pengecaman wajah
  • Game Boost 2.0, Touch Boost, Frame Boost
  • Dolby Atmos
  • Sistem penyejukan cecair
  • 162 x 77.2 x 9.3mm
  • 210g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend