OPPO Reno Ace Akan Tiba Bulan Depan Dengan Paparan 90Hz Comments Off on OPPO Reno Ace Akan Tiba Bulan Depan Dengan Paparan 90Hz 116

Dalam majlis pelancaran Reno2, pihak OPPO turut mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar pada bulan hadapan. Menurut Timbalan Presiden OPPO, Brian Shen, peranti tersebut akan dinamakan sebagai OPPO Reno Ace.

Di pentas yang sama, Brian tidak memberitahu lebih lanjut tentang Reno Ace tetapi beliau sempat mengacah yang mana telefon itu akan dilengkapi paparan 90Hz dan bateri sebesar 4000mAh bersama teknologi pengecasan SuperVOOC.

Jika paparan menyokong kadar segar semula yang tinggi, Reno Ace mungkin hadir dengan cip pemproses berprestasi tinggi yang dikhususkan untuk permainan mudah alih.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut tentang Reno Ace dalam beberapa minggu ini. Jadi, sama-sama kita nantikan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend