OPPO Reno Ace 2 Akan Sokong Rangkaian 5G Dengan Pengecasan Pantas 65W Comments Off on OPPO Reno Ace 2 Akan Sokong Rangkaian 5G Dengan Pengecasan Pantas 65W

Kemunculan OPPO Reno Ace pada Oktober tahun lepas telah berjaya mendapat perhatian banyak pihak. Ini berikutan ia dilengkapi dengan spesifikasi tinggi dengan keupayaan pengecasan pantas 65W.

Tahun ini OPPO bakal memperkenalkan generasi kedua model tersebut, selepas peranti dengan nama kod PDHM00 yang mirip seperti Reno Ace generasi pertama telah melepasi laman sesawang CCC.

Sama seperti generasi pertama, OPPO Reno Ace 2 dikatakan akan mengekalkan teknologi pengecasan pantas 65W. Ini membolehkan bateri berkapasiti 4000mAh dicas dalam tempoh 28 minit sahaja.

Selain itu OPPO Reno Ace 2 juga akan turut menyokong rangkaian 5G, cipset Snapdragon 865, dan mungkin juga akan tersedia dengan RAM LPDDR5 dan juga storan jenis UFS 3.0.

Menurut Brian Shen selaku Naib Presiden OPPO, OPPO Reno Ace 2 akan mula dilancarkan secara rasmi pada bulan April nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend