OPPO Reno 3 Pro 5G Dipercayai Sokong Paparan OLED 90Hz Dengan Kapasiti RAM Sebesar 12GB Comments Off on OPPO Reno 3 Pro 5G Dipercayai Sokong Paparan OLED 90Hz Dengan Kapasiti RAM Sebesar 12GB

OPPO sebelum ini dijadualkan akan melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu OPPO Reno 3 Pro 5G pada bulan Disember 2019 ini. Setakat ini seperti yang telah disahkan akan menyokong cipset Snapdragon 765G, bateri berkapasiti 4025mAh, dan juga kerangka setebal 7.7mm.

Menurut perkongsian oleh Digital Chat Station di Weibo, OPPO Reno 3 Pro 5G akan menyokong paparan berukuran 6.5 inci FHD+ OLED dengan kadar segar semula skrin 90Hz. Selain itu, ia juga akan turut dilengkapi RAM berkapasiti 12GB, teknologi pengecasan 30W, dan juga sokongan kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP + 13MP + 2MP dengan teknologi penstabilan OIS.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, OPPO Reno 3 Pro 5G dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi di India pada 12 Disember 2019 nanti.

Baca juga:

OPPO Reno3 Pro 5G Sokong Bateri Berkapasiti 4025mAh Dengan Kerangka Hanya 7.7mm

Redmi K30 Dan OPPO Reno 3 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset 5G Snapdragon 765G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend