OPPO Reno 2 Disahkan Sokong Cipset Snapdragon 730G, 8GB RAM, 6.55″ AMOLED Dan Bateri 4000mAh Comments Off on OPPO Reno 2 Disahkan Sokong Cipset Snapdragon 730G, 8GB RAM, 6.55″ AMOLED Dan Bateri 4000mAh 228

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran India pada 28 Ogos nanti, beberapa maklumat awal berhubung OPPO Reno 2 sudahpun berjaya didedahkan kepada umum. Jika sebelum ini ketirisan lebih menjurus kepada keupayaan penggambarannya, kali ini portal 91mobiles sekali lagi telah berjaya mendedahkan spesifikasi penting yang akan disokong oleh peranti itu.

Dalam kenyataan yang telah dikongsikan kepada media tempatan di India, OPPO telah mengesahkan OPPO Reno 2 akan dikuasakan dengan cipset gaming kelas pertengahan baharu keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 730G. Peranti ini juga akan digandingkan dengan RAM berkapasiti 8GB, dan juga ruang storan sebesar 256GB.

OPPO Reno 2 akan menyokong 20x zum digital dan 5x zum hibrid.

OPPO Reno 2 juga akan menampilkan paparan skrin penuh AMOLED Panoramic berukuran 6.55 inci dengan sokongan pengimbas cap jari optikal dalam skrin generasi ketiga. Ia juga turut dilindungi dengan panel Corning Gorilla Glass 6 pada bahagian skrin, dan juga Gorilla Glass 5 untuk panel belakangnya.

 

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh, OPPO Reno 2 hadir dengan sokongan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 berkelajuan 20W (USB Type-C).

Baca juga:

Siri OPPO Reno 2 Dengan Sokongan Empat Kamera Serta 20x Zum Bakal Dilancarkan Pada 28 Ogos 2019

OPPO Mendedahkan Rekaan Siri Reno 2 Dengan Sokongan Empat Kamera Dan Skrin Penuh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend