OPPO Reno 10x Zoom Dalam Warna Merah Jambu Akan Mula Dijual Di China Bermula 18 Jun 2019 Comments Off on OPPO Reno 10x Zoom Dalam Warna Merah Jambu Akan Mula Dijual Di China Bermula 18 Jun 2019 864

Apabila dilancarkan secara rasmi di China pada April yang lalu, OPPO Reno 10x Zoom telah diperkenalkan dalam empat warna pilihan iaitu hitam (Jet Black), hijau (Ocean Green), merah jambu, dan juga biru. Namun begitu, buat masa ini hanya dua warna sahaja boleh dipra-tempah di pasaran termasuk di Malaysia.

OPPO Reno 10x Zoom akan turut boleh dimiliki di China dalam warna merah jambu bermula minggu depan (18 Jun 2019) iaitu serentak dengan jerayawara pertama OPPO Reno 10x Zoom di Malaysia. Sungguhpun begitu, berbeza dengan warna Jet Black dan Ocean Green, warna baharu merah jambu ini akan tersedia dalam dua pilihan konfigurasi memori iaitu 6GB + 128GB ataupun 8GB + 256GB.

Berdasarkan laman rasmi OPPO China, OPPO Reno 10x Zoom dalam warna merah jambu ini merupakan edisi terhad. Varian 6GB + 128GB akan dijual pada harga CNY3,999 (kira-kira RM2,407), manakala varian 8GB + 256GB pula ditawarkan pada harga CNY4,799 (kira-kira RM2,889).

Baca juga:

Miliki Siri OPPO Reno Melalui Program Tukar Beli Peranti Lama OPPO Dengan Penjimatan Sehingga RM1,250

OPPO Reno 10x Zoom Boleh Dipra-tempah Bermula 28 Mei Dengan Hadiah Eksklusif Bernilai RM877

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend