OPPO Reno 10x Zoom Boleh Dipra-tempah Bermula 28 Mei Dengan Hadiah Eksklusif Bernilai RM877 Comments Off on OPPO Reno 10x Zoom Boleh Dipra-tempah Bermula 28 Mei Dengan Hadiah Eksklusif Bernilai RM877

OPPO Malaysia sebelum ini telah mengesahkan tarikh pelancaran rasmi OPPO Reno 10x Zoom untuk pasaran tempatan yang akan berlangsung pada minggu depan iaitu 27 Mei 2019. Bagi yang berminat untuk memiliki OPPO Reno 10x Zoom, OPPO Malaysia telahpun mengumumkan tarikh pra-tempah peranti itu yang akan bermula pada 28 Mei 2019 hingga 17 Jun 2019 nanti.

Proses pra-tempah boleh dibuat melalui pelbagai saluran berbeza termasuklah OPPO Concept Store dan kedai penjual rasmi OPPO di seluruh Malaysia, ataupun secara atas talian di Lazada atau Shopee. Dengan setiap pembelian OPPO Reno 10x Zoom secara pra-tempah, pembeli akan turut menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM877 iaitu Gimbal Stabilizer (RM599), satu tahun jaminan waranti tambahan, dan juga waranti perlindungan skrin.

OPPO Reno 10x Zoom yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, telah menampilkan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP + 13MP (Telephoto) + 8MP (Ultra Wide Angle). Kehadiran lensa jenis periskop dengan focal-lenght 16mm-160mm dengan kemampuan 10x zum hibrid.

Baca juga:

OPPO Reno Dilancarkan – Snapdragon 855, Tiga Kamera 48MP dengan 10x Lossless Zoom dan VOOC 3.0

Oppo Reno Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1999

Pra-Tempah OPPO Reno Boleh Dibuat Bermula 17 Mei Dengan Tawaran Hadiah Percuma Bernilai RM437

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend