OPPO Raikan Hari Kebangsaan Dengan Jualan Kilat Yang Menawarkan Diskaun Sehingga RM500 Comments Off on OPPO Raikan Hari Kebangsaan Dengan Jualan Kilat Yang Menawarkan Diskaun Sehingga RM500 215

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-62, OPPO Malaysia telah mengumumkan promosi hebat melalui kempen ‘OPPO National Day Flash Sale’ yang akan berlangsung bermula esok (22 Ogos) hingga 2 September 2019.

Dalam tempoh promosi, pembeli akan menerima diskaun sehingga RM500 untuk produk terpilih dan juga hadiah eksklusif dengan pembelian telefon pintar OPPO. Bagi mendapatkan nilai belian hebat ini, anda boleh mendapatkan harga lebih murah untuk model OPPO R17 Pro, A7, A3s, dan juga aksesori seperti Olike Powerbank ataupun Olike Dashcam.

Selain diskaun, pembelian OPPO Reno 10x Zoom, Reno dan juga F11 Pro pada tempoh promosi ini akan turut menerima hadiah percuma yang menarik.

Pada setiap hari sepanjang promosi ini berlangsung, pelbagai model akan ditawarkan dalam jualan kilat pada hari berbeza yang akan bermula dari jam 6 petang hingga jam 10 malam daripada 22 Ogos hingga 2 September.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend