OPPO R17 Pro Mampu Dicas Sehingga 92% Dalam Tempoh 30 Minit, Mendahului 59 Model Lain Comments Off on OPPO R17 Pro Mampu Dicas Sehingga 92% Dalam Tempoh 30 Minit, Mendahului 59 Model Lain

Sebut sahaja tentang teknologi pengecasan pantas yang telahpun dikomersialkan pada telefon pintar, OPPO merupakan yang terpantas boleh anda miliki di pasaran dengan output maksimum 50W (10V5A). Malah sebelum ini OPPO Malaysia turut mengesahkan keupayaan OPPO R17 Pro untuk dicas sehingga 40% dalam tempoh 10 minit sahaja.

Menariknya hari ini ada pengguna di Weibo telah berkongsi senarai 59 model telefon pintar dengan masa pengecasan untuk tempoh 30 minit yang paling pantas. Berdasarkan senarai itu, OPPO R17 Pro (3700 mAh) dengan sokongan SuperVOOC Flash Charge dilihat telah menduduki tempat pertama dengan mencatatkan peratusan bateri mencecah 92%.

Senarai 59 telefon pintar dengan catatan peratusan bateri tertinggi selepas dicas untuk tempoh 30 minit.

Manakala Honor Magic 2 (4000 mAh) dengan teknologi Huawei SuperCharge 40W (10V4A) pula berada di tempat kedua dengan mencatatkan peratusan bateri 83%. Tempat ketiga pula telah dikongsikan kedudukannya oleh peranti dengan pengecasan 20W iaitu Meizu Pro 7 Plus (3500 mAh) dan juga OPPO R11 (3000 mAh) dengan mencatatkan bacaan 66%.

Nota: Sebagai rujukan, ujian pengecasan pantas selama 30 minit ini hanya dilihat pada peratusan bateri yang dicatatkan untuk tempoh masa yang dinyatakan, dan ia tidak mengambil kira kapasiti bateri yang disokong oleh peranti tersebut.

Miliki OPPO R17 Pro berharga RM2,699 di Lazada

Baca juga:

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal OPPO R17 Pro Dalam Warna ‘Radiant Mist’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend