OPPO R17 Pro Disahkan Akan Menyokong Kamera Dengan Teknologi ‘Smart Aperture’ Sama Seperti Samsung Comments Off on OPPO R17 Pro Disahkan Akan Menyokong Kamera Dengan Teknologi ‘Smart Aperture’ Sama Seperti Samsung

OPPO baru sahaja mengumumkan kehadiran model OPPO R17 dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin di China yang akan diperkenalkan pada 18 Ogos nanti. Selain model ini, OPPO juga dikatakan akan hadir dengan varian premium untuk siri R ini melalui penawaran model OPPO R17 Pro.

Sungguhpun begitu, OPPO tidak pula mendedahkan spesifikasi yang akan disokong oleh OPPO R17 Pro kepada umum setakat ini. Tetapi hari ini melalui akaun Weibo, OPPO telah mengesahkan bahawa R17 Pro akan hadir dengan teknologi Variable Aperture yang disokong pada Samsung Galaxy S9/S9+ dan juga Galaxy Note 9.

Teknologi Variable Aperture yang digunakan pada peranti Samsung.

Dikenali sebagai Smart Aperture, OPPO R17 Pro mampu mengambil gambar dalam persekitaran dengan pencahayaan berbeza tanpa masalah kerana ia menyokong aperture f/1.5 dan f/2.4. Ciri istimewa dipercayai akan hanya disokong oleh OPPO R17 Pro, manakala model OPPO R17 akan hanya menyokong dwi kamera dengan keupayaan AI sahaja.

Buat masa ini tiada maklumat tentang spesifikasi OPPO R17 Pro didedahkan dan harganya juga masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend