Oppo R17 Pro Dilancarkan – Peranti Empat Kamera Pertama Dengan SuperVOOC Comments Off on Oppo R17 Pro Dilancarkan – Peranti Empat Kamera Pertama Dengan SuperVOOC

Oppo telah menyertai kumpulan telefon pintar tri-kamera menerusi pelancaran Oppo R17 Pro di Malaysia baru-baru ini. Bukan setakat tiga kamera utama, peranti ini juga menyediakan sistem pengecasan paling pantas di dunia yang dikenali sebagai SuperVOOC.

Oppo R17 Pro juga diperkenalkan dengan tubuh badan logam yang telah dicat dengan warna cerun – tidak seperti model lain yang menggunakan kaca. Peranti ini dipadankan dengan skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED serta diperkukuhkan dengan pelindungan Corning Gorilla Glass 6. Seperti model-model sebelum ini, rekaan takuk titisan air dan bezel nipis masih lagi dikekalkan.

Sebut mengenai tri-kamera, Oppo R17 Pro dibekalkan sensor 12MP dengan bukaan f/2.4 dan f/1.5. Bukaan ini akan dilaras apabila pengguna menukar mod biasa kepada mod malam dan begitu juga sebaliknya. Sensor kedua 20MP f/2.6 pula berupaya mengambil gambar bokeh sementara sensor ketiga bekerja sebagai pengimejan 3D yang dikenali sebagai TOF (time-of-flight). Kelebihan yang ada pada kamera belakang peranti ini ialah keupayaan mengambil gambar malam yang lebih baik yang tidak pernah diperkenalkan pada peranti Oppo sebelum ini.

Diambil daripada Oppo R17 Pro menggunakan mod ‘Night’

Pada kamera depan, sensor 25MP Sony IMX576 yang dikuasakan ciri AI yang mampu menghasilkan sehingga 8 juta kombinasi efek kecantikan yang akan dipadankan dengan penguna dari seluruh dunia. Selain itu, ia turut menyediakan ciri dan efek khas bagi pengguna yang ingin bergambar sehingga empat orang dalam satu bingkai.

Diperkasa dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 710, peranti ini juga dimuatkan dengan memori RAM sebesar 8GB disamping storan seluas 128GB. Sokongan dua SIM diberikan kepada pengguna bagaimanapun tiada pula ruang untuk kad microSD.

Satu lagi ciri yang menjadi imej tumpu pada peranti ini ialah pengecasan pantas SuperVOOC yang boleh mengecas peranti dalam tempoh yang singkat. Jika peranti biasa menyokong kuasa output sehingga 10W, Oppo R17 Pro pula adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada itu membolehkan peranti dicas daripada 0% hingga 40% hanya dalam tempoh 10 minit . Menurut Oppo, teknologi SuperVOOC juga telah diiktiraf dan diluluskan oleh TUV Rheinland Safety Testing and Certification.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempah Oppo R17 Pro bermula hari ini (23 Nov 18) untuk dapatkan seutas gelang pintar Neo Smartwatch bernilai RM389. Tempahan juga boleh dibuat di kedai rasmi dalam talian pada harga RM2,699 seunit.

Pra-tempah juga dibuka di kedai konsep Oppo dan pengedar sah seluruh negara termasuk Celcom Blue Cube, Senheng, dan SenQ.

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal OPPO R17 Pro Dalam Warna ‘Radiant Mist’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend