Oppo R17 Pro Dengan Tri-Kamera Diperkenalkan – Pencabar Terdekat Huawei P20 Pro Comments Off on Oppo R17 Pro Dengan Tri-Kamera Diperkenalkan – Pencabar Terdekat Huawei P20 Pro

Pencabar terdekat Huawei P20 Pro akhirnya muncul hari ini apabila Oppo melancarkan R17 Pro. Percubaan kali ini diperlihatkan dengan ketersedian sistem tri-kamera dan fungsi pengecasan paling pantas di dunia SuperVOOC yang pernah diperkenalkan pada peranti Find X edisi Lamborghini.

Oppo R17 Pro dibungkus bersama cipset Qualcomm Snapdragon 710 yang diisi dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan yang boleh diperluaskan dengan kad microSD. Menerusi skrin depan 6.4-inci AMOLED, peranti ini tampil dengan takuk kecil seakan Oppo F9. Resolusi yang dihasilkan ialah FHD+ yang dilindungi Corning Gorilla Glass 6 – peranti pertama yang menggunakan panel generasi terbaharu daripada Gorilla.

Oppo R17 Pro dibina dengan tubuh badan gelas dengan warna unik gradien yang semakin sohor kini. Pada jabatan kamera, ia dilengkapi kamera swafoto 25MP f/2.0 manakala kamera utama menempatkan sensor 12MP dengan ciri aperture boleh-laras f/1.5 ke f/2.4. Selain itu, sensor 20MP berteknologi 3D TOF pula membolehkan penggambaran 3-dimensi yang boleh disambungkan kepada televisyen atau alat konsol permainan. Ciri ini masih belum jelas memandangkan pihak Oppo tidak huraikannya dengan lanjut. Paling penting fotografi lebih memukau dengan adanya integrasi AI untuk beautification.

Bagi melengkapkan nama ‘Pro’, peranti dimuatkan dengan teknologi SuperVOOC yang bermaksud boleh dicas pantas 40% dalam tempoh 10 minit sahaja. Kuasa sebanyak 50W yang disalurkan mampu memenuhkan bateri berkapasiti 3,700mAh dengan sangat pantas.

Disamping mengenakan teknologi mantap yang diperlukan oleh semua pengguna, Oppo R17 Pro turut menawarkan sistem pengimbas cap jari pada skrin malah pada masa sama telah dioperasikan antaramuka ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo. Peranti ini didatangkan dengan pilihan warna hitam dan Fog Gradient pada harga CNY4,299 atau sekitar RM2,576.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend