OPPO R17 Pro Dengan Teknologi SuperVOOC Flash Charge Mampu Mengecas 40% Dalam Masa 10 Minit Comments Off on OPPO R17 Pro Dengan Teknologi SuperVOOC Flash Charge Mampu Mengecas 40% Dalam Masa 10 Minit

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun mengesahkan akan melancarkan model terbaharunya iaitu OPPO R17 Pro untuk pasaran tempatan pada minggu depan (22 November 2018).

Sebagaimana yang kita ketahui, OPPO R17 Pro sememangnya istimewa kerana ia menjanjikan aspek penggambaran berkualiti melalui sokongan tiga kamera dengan lensa ‘Smart Aperture’. Jika itu masih tidak memadai, OPPO R17 Pro juga turut hadir dengan teknologi pengecasan paling pantas di pasaran dengan sokongan SuperVOOC Flash Charge.

Berdasarkan perkongsian video oleh OPPO Malaysia, OPPO R17 Pro dengan bateri berkapasiti 3700 mAh ini boleh dicas sehingga 40% dalam masa hanya 10 minit sahaja. Lebih mengujakan, ia hanya mengambil masa 40 minit untuk mengecas penuh bateri pada peranti ini. Ini berjaya dicapai melalui teknologi SuperVOOC Flash Charge yang menyokong output maksimum sehingga 10V5A atau bersamaan 50W.

Malah aspek keselamatan pengecasannya juga terjamin kerana ia dilengkapi dengan rekaan Bi-cell yang mengurangkan voltan bagi setiap sel kepada separuh (5V + 5V). Selain itu ia juga turut menyokong pelbagai ciri keselamatan lain seperti cip penyulitan VOOC yang mampu mengenal pasti kabel yang bersesuaian, dan juga BMS untuk pengurusan bateri pintar bagi memantau suhu sel dan juga voltan.

Baca juga:

OPPO R17 Pro Dengan Lensa ‘Smart Aperture’ Sah Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend