OPPO R17 Pro Dengan Lensa ‘Smart Aperture’ Sah Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 November Comments Off on OPPO R17 Pro Dengan Lensa ‘Smart Aperture’ Sah Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 November

OPPO R17 Pro sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di China apda Ogos yang lalu, dan baru-baru ini OPPO Malaysia telah mengesahkan kemasukan model ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berdasarkan jemputan media yang kami terima, OPPO R17 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 22 November nanti. Majlis pelancaran akan turut diserikan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan iaitu Zahirah Macwilson dan juga Minchen.

Sebagaimana yang diketahui setakat ini, OPPO R17 Pro hadir dengan sokongan tiga kamera dengan lensa ‘Smart Aperture’ yang mampu melaras bukaan pengatup sama ada f/2.4 atau f/1.5 bergantung kepada pencahayaan. Ia juga dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710, kombinasi memori 8GB + 128GB, dan juga paparan skrin 6.4 inci AMOLED FHD+.

Harga dan spesifikasi penuh akan kami kongsikan pada hari pelancarannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend