Oppo R17 Pro Dengan Konfigurasi Tri-Kamera Muncul Dalam Video Acah Terbaru Comments Off on Oppo R17 Pro Dengan Konfigurasi Tri-Kamera Muncul Dalam Video Acah Terbaru

Oppo R17 telah diperkenalkan di China baru-baru ini dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Ia hadir dengan takuk kecil serta menggunakan cip pemproses Snapdragon 670 disamping memori 8GB RAM. Jika model ini dibekalkan dengan sistem dwi kamera di belakang, Oppo juga ada versi Pro untuk model ini. Ia dinamakan R17 Pro tetapi masih belum diperkenalkan.

Kini tersebar di arena sesawang, sebuah video acah memperlihatkan Oppo R17 Pro dengan fungsi tri-kamera utama. Ini menjadikan ia peranti pertama keluaran Oppo menggunakan konfigurasi kamera sama seperti yang dibawakan oleh Huawei P20 Pro sekarang. Pihak Oppo mengatakan kamera pada peranti ini dilengkapi aperture boleh-laras f/2.0 dan f/1.5. Ia bukanlah teknologi yang pertama di dunia kerana Samsung telah mengguna pakainya pada Galaxy S9. Oppo R17 Pro dijadual akan membuat pengenalan rasmi pada 23 Ogos 2018 di China.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend