Oppo R17 Pro Dalam Perjalanan Ke Malaysia – Jadi Pengguna Bertuah Untuk ‘Memilikinya’ Comments Off on Oppo R17 Pro Dalam Perjalanan Ke Malaysia – Jadi Pengguna Bertuah Untuk ‘Memilikinya’

Oppo Malaysia hari ini mengesahkan pasaran tempatan bakal menerima peranti terbaharu tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan ialah Oppo R17 Pro yang mana peranti ini akan hadir dengan tiga kamera utama dan tiga warna cerun.

Dalam menyambut kedatangannya ke Malaysia, satu peraduan telah dianjurkan dimana anda perlu menjawab soalan yang disediakan serta memuat naik tiga (3) keping gambar pemandangan malam yang diambil oleh anda sendiri.

Pemenang yang bertuah akan diumumkan pada 16 November (Jumaat) depan dan yang terpillih akan diberi pinjam Oppo R17 Pro untuk merakam gambar malam di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Anda boleh mendapatkan e-borang melalui pautan OPPO Night Explorer Recruitment.

Oppo F17 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 710, skrin AMOLED bersaiz 6.4-inci, dan sistem pengecasan paling pantas di dunia Super VOOC. Pada pelancaran Oppo Find X edisi Lamborghini lalu, Oppo memaklumkan teknologi pengecasan terbaharu mereka mampu memenuhkan bateri hanya dalam masa 35 minit sahaja.

Bagaimanapun, kita akan tunggu sehingga berita lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi peranti ini di Malaysia tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend