OPPO R17 Pro Boleh Dimiliki Di Celcom, Senheng Dan SenQ, Percuma Neo Smartwatch Bernilai RM389 0 197

Kolaborasi antara OPPO dan Celcom, pelanggan Celcom boleh memiliki OPPO R17 Pro melalui program ‘EasyPhone Own’ pada harga istimewa iaitu hanya RM123 sebulan, dengan pelan First Platinum 188. Lebih istimewanya, setiap pembelian OPPO R187 Pro di mana-mana cawangan Celcom akan turut menerima Neo Smartwatch bernilai RM389 secara percuma.

Manakala Senheng dan SenQ turut menawarkan OPPO R17 Pro dengan jaminan waranti tambahan selama 1 tahun dengan bayaran ansuran RM112.46 selama 24 bulan, tanpa faedah. Bahkan bermula hari ini sehingga 30 November nanti, OPPO R17 Pro yang dipra-tempah di Senheng atau SenQ akan turut menerima Neo Smartwatch.

OPPO R17 Pro hadir dengan sokongan skrin berukuran 6.4 inci AMOLED FHD+, dijana dengan Qualcomm Snapdragon 710, kombinasi memori 8GB + 128GB, teknologi pengimbas cap jari pada skrin, bateri berkapasiti 3700 mAh dengan pengecasan pantas Super VOOC Flash Charge 50W, kamera hadapan 25MP (f/2.0), kamera utama 12MP (f/1.5 – f/2.4) + 20MP (f/2.6), dan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo.

Miliki OPPO R17 Pro:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend