OPPO R17 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin, Snapdragon 670 Dan RAM 8GB Bakal Diperkenalkan Di China Pada 18 Ogos Comments Off on OPPO R17 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin, Snapdragon 670 Dan RAM 8GB Bakal Diperkenalkan Di China Pada 18 Ogos

Hari ini OPPO buat pertama kalinya telah menyenaraikan model terbarunya iaitu OPPO R17 secara rasmi di laman rasmi OPPO di China. Apa yang menariknya, OPPO bukan sahaja mendedahkan rekaan sebenar peranti terbaru dari siri R itu, tetapi ia turut mengesahkan kehadiran dua warna iaitu biru dan juga ungu.

Selain daripada penampilan fizikalnya, laman rasmi OPPO itu turut memaparkan spesifikasi OPPO R17 itu yang mana menyaksikan ia bakal hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, konfigurasi memori 8GB + 128GB dan juga akan dioperasikan oleh ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

OPPO R17 ini turut dilengkapi dengan kamera hadapan 25MP dengan sokongan AI dan juga dwi kamera utama yang belum didedahkan sokongan resolusinya. Ia juga turut dilengkapi dengan sokongan bateri berkapasiti 3500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC. Manakala paparan skrinnya yang berukuran 6.4 inci AMOLED FHD+ ini pula tampil dengan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air.

OPPO R17 yang dipercayai akan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 670 ini akan dilancarkan secara rasmi di dalam jualan kilat pada 18 Ogos 2018 nanti di China. Buat masa ini harganya masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend