OPPO R15 Pro Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 660 Akan Dilancarkan Pada 24 Mei Di Malaysia Comments Off on OPPO R15 Pro Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 660 Akan Dilancarkan Pada 24 Mei Di Malaysia

Dua hari yang lepas kami ada berkongsi dengan anda tentang gambar acah yang memperlihatkan kemunculan semula siri R keluaran OPPO di Malaysia. Malah tekaan kami bahawa OPPO Malaysia akan membawa masuk model OPPO R15 yang dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60 ternyata kurang tepat.

Melalui perkongsian terbaru dari akaun Twitter rasmi OPPO Malaysia, pengguna di negara ini akan menerima varian yang lebih baik apabila telah disahkan bahawa model OPPO R15 Pro merupakan siri R terbaru yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Berbeza dengan OPPO R15, varian OPPO R15 Pro akan dikuasakan oleh pemproses lapan teras terbaru iaitu Qualcomm Snapdragon 660.

Malah OPPO Malaysia turut mendedahkan bahawa OPPO R15 Pro ini akan diperkenalkan dalam dua warna pilihan yang sangat menarik iaitu Cosmic Purple dan juga Ruby Red. Berdasarkan daripada maklumat yang diterima, model terbaru ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Mei 2018 nanti.

Spesifikasi OPPO R15 Pro:

  • ColorOS 5.0 (berasaskan Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660 (4x 2.2 GHz Kryo 260 + 4x 1.8 GHz Kryo 260)
  • 6.28 inci OLED Super View FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 19:9
  • 128GB + RAM 6GB (microSD sehingga 256GB)
  • 156.5 x 75.2 x 8.0mm / 180g
  • Kamera utama: 20 Megapiksel (f/1.7) + 16 Megapiksel (f/1.7)
  • Kamera hadapan: 20 Megapiksel (f/2.0)
  • 3430 mAh
  • VOOC Flash Charge (5V4A)

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend