Oppo ‘Poseidon’ Hinggap Di GeekBench – Guna Snapdragon 855 Comments Off on Oppo ‘Poseidon’ Hinggap Di GeekBench – Guna Snapdragon 855

GeekBench merupakan platfom dimana prestasi peranti diuji dan diukur. Terbaru, keputusan skor Oppo ‘Poseidon’ turut kelihatan di dalam sistem GeekBench. Apa yang menarik, ia menggunakan cip pemproses mercu Qualcomm tahun ini iaitu Snapdragon 855.

Skor yang diperolehi di single-core juga lebih tinggi daripada Xiaomi ‘Cepheus’ yang juga dikhabarkan dilengkapi cip pemproses yang sama. Tetapi di multi-core pula ia berada di bawah Lenovo Z5 Pro GT yang mana digandingkan dengan 12GB RAM.

Pada kami, sekiranya Poseidon (kod nama) dikeluarkan secara rasmi kelak, harganya dijangka tinggi seakan peranti mercu Oppo tahun lepas, Oppo Find X.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend