Oppo Perkenal Kamera 10x Zum Optikal, Pengimbas Cap Jari Lebih Besar Pada Skrin Comments Off on Oppo Perkenal Kamera 10x Zum Optikal, Pengimbas Cap Jari Lebih Besar Pada Skrin

Oppo mengadakan acara pada hari ini, memperlihatkan teknologi kamera dengan 10x zum optikal bersama teknologi pengimbas cap jari yang lebih besar pada skrin. Tiada sebarang model telefon pintar diumumkan, bahkan ia akan diperkenalkan pada acara MWC 2019 bulan hadapan.

Mekanisma 10x zum hibrid ini berlaku apabila sensor 5x optikal digabungkan dengan lensa bersudut lebar. Menurut Oppo, kamera yang disumbatkan mempunyai panjang fokal sebanyak 15.9 hingga 159mm – lebih panjang daripada mana-mana telefon pintar sedia ada di pasaran.

Modul kamera terbaharu ini dilengkapi dwi OIS (penstabilan imej optikal) di kamera utama dan telefoto. Selama ia dibangunkan, Oppo telah menjalani sebanyak lebih 100 paten (R&D) dan 28,000 kali ujian ketahanan (drop test).

Dalam acara yang sama, Oppo turut mengumumkan kehadiran teknologi pengimbas cap jari yang lebih besar pada skrin. Sensor pengimbas ini memiliki saiz 15x lebih besar berbanding pengimbas cap jari pada skrin peranti Oppo R17.

Jurucakap Oppo turut memaklumkan kedua-dua teknologi ini akan hadir pada peranti mercu mereka sebelum penghujung tahun 2019. Apakah peranti yang akan bawa fungsi menarik ini, sama-sama kita nantikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend