OPPO Mengaku Pengecasan 40W Boleh Mengurangkan Kapasiti Bateri 3x Lebih Cepat Berbanding 15W Comments Off on OPPO Mengaku Pengecasan 40W Boleh Mengurangkan Kapasiti Bateri 3x Lebih Cepat Berbanding 15W

OPPO merupakan antara pengeluar yang terawal dalam membangunkan teknologi pengecasan pantas untuk telefon pintar. Bulan lalu, OPPO Reno Ace2 telah dilancarkan yang mana peranti ini hadir dengan SoC Snapdragon 865, skrin 90Hz, dan pengecesan 65W selain menyokong pengecasan tanpa wayar 40W.

Peranti itu juga menjanjikan pengecasan penuh boleh dibuat dalam masa hanya 30 minit walaupun kapasiti bateri sebesar 4000mAh. Bagaimanapun ia sebenarnya memudaratkan bateri itu sendiri.

Menurut seorang penulis dari AnandTech, OPPO telah mengesahkan bahawa pengecasan pantas 40W boleh mengurangkan kapasiti bateri kepada 70% dalam kadar kitaran yang sama pengecasan 15W mengurangkan kapasiti bateri kepada 90%.

Hal ini sekaligus menerangkan mengapa pengeluar seperti Apple kekal menggunakan teknologi pengecasan 18W pada iPhone terbaru mereka walaupun pesaing lain terus mengejar angka yang lebih tinggi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend