OPPO Menerima Anugerah ‘One To Watch Award’ Oleh TechRadar Mobile Choice Consumer Comments Off on OPPO Menerima Anugerah ‘One To Watch Award’ Oleh TechRadar Mobile Choice Consumer

OPPO pada awal kemunculannya dilihat lebih menjadi pengikut trend berbanding perintis trend, bahkan sebelum ini juga ia lebh memfokuskan penghasilan telefon pintar daripada segmen mampu milik dan juga kelas pertengahan.

Baru-baru ini OPPO telah menerima anugerah berprestij ‘One to Watch Award’ yang diadakan oleh TechRadar Mobile Choice Consumer. Sungguhpun persaingan pasaran yang agak sukar, OPPO telah berjaya menarik perhatian banyak pihak sepanjang tahun ini, dan ia berjaya dicapai melalui komitmen berterusannya dalam membawakan satu revolusi pada teknologi dan juga rekaan telefon pintarnya.

Rekaan inovatif kamera 3D yang boleh disembunyikan di dalam kerangka OPPO Find X yang telah dilancarkan pada tahun ini dilihat menjadi pencetus trend terhadap pengeluar lain. Malah inovasi yang diperkenalkan itu juga diperakui sebagai salah satu pencapaian teknologi terpenting dalam industri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend