OPPO Mendaftar Tanda Dagangan Untuk Nama ‘Enco’ Yang Merupakan Siri Baharu Selepas Reno Comments Off on OPPO Mendaftar Tanda Dagangan Untuk Nama ‘Enco’ Yang Merupakan Siri Baharu Selepas Reno 435

OPPO sebelum ini sudahpun menghentikan siri R keluarannya yang pernah popular satu ketika dahulu, dan kemudiannya siri baharu iaitu ‘Reno’ telah diperkenalkan melalui penawaran model OPPO Reno, OPPO Reno 10x Zoom, OPPO Reno 5G dan juga OPPO Reno Z.

Nampaknya OPPO sudah merancang untuk tampil dengan satu lagi siri baharu yang akan dikenali sebagai siri ‘Enco’ pada masa akan datang. Perkara ini telah didedahkan melalui pemfailan tanda dagangan untuk nama ‘Enco’ yang telah dibuat melalui¬†Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pada 28 Jun 2019 yang lalu.

Perkara ini telah disahkan lagi melalui perkongsian status oleh Naib Presiden OPPO iaitu Brian Shen melalui akaun Weibo rasminya. Menurutnya, OPPO akan tampil dengan satu lagi siri baharu yang tidak didedahkan namanya dalam tahun 2019 ini. Sungguhpun begitu, tiada sebarang maklumat lanjut berjaya diperolehi berhubung siri baharu daripada OPPO ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend