OPPO Mencatatkan Jumlah Pengedaran Telefon Pintar No.2 Tertinggi Di Rantau Asia Tenggara Comments Off on OPPO Mencatatkan Jumlah Pengedaran Telefon Pintar No.2 Tertinggi Di Rantau Asia Tenggara

Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh firma kajian pasaran International Data Corporation (IDC), OPPO telah mencatatkan jumlah peningkatan pengedaran telefon pintar yang agak tinggi iaitu hampir mencecah sehingga 30% untuk tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Data yang telah dikumpulkan ini meliputi beberapa buah pasaran berbeza di rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand, dan juga Vietnam. Walaupun berada di tangga kedua di belakang Samsung, OPPO telah mencatatkan pertambahan dari tahun ke tahun yang lebih baik berbanding Samsung. Sebagai rujukan, Samsung hanya mencatatkan pertambahan tahunan sebanyak 25.8% berbanding OPPO yang mencatatkan kenaikan yang lebih tinggi iaitu 29.3%.

Dengan teknologi mudah alih yang semakin hebat dan juga sambungan rangkaian yang lebih pantas dengan kemunculan 5G nanti, OPPO telah merancang untuk meneruskan komitmennya di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Jenama yang dilihat semakin memberi saingan ini dikatakan akan menawarkan lebih banyak produk keluarannya yang jauh lebih hebat pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend