OPPO Menawarkan Penghantaran Pada Hari Yang Sama Sehingga 28 April Comments Off on OPPO Menawarkan Penghantaran Pada Hari Yang Sama Sehingga 28 April

Bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan, OPPO kini menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama dari 15 April hingga 28 April 2020.

Apa yang perlu anda buat ialah beli peranti melalui kedai atas talian OPPO Malaysia, pilih OPPO Concept Store yang berdekatan (boleh semak senarai kedai di sini), bayar, dan tunggu sehingga peranti dihantar ke pintu rumah anda pada hari yang sama.

Perkhidmatan penghantaran sehari ini hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang berada dalam jarak radius 10km dari OPPO Concept Store. Sekiranya rumah anda berada jauh dari kedai tersebut penghataran biasa mungkin mengambil masa sekitar 3-7 hari.

Bagaimana pula telefon yang dibeli tiada dalam stok kedai yang berdekatan?

OPPO akan menelefon anda terlebih dahulu untuk memberitahu mengenai stok seterusnya penghantaran akan dibuat dalam masa sekitar 3-7 hari.

Pukul berapakah saya perlu beli telefon untuk menikmati penghantaran pada hari yang sama?

Selewat-lewatnya jam 2 petang. Selepas dari itu, penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya.

Apakah peranti-peranti yang ditawarkan?

  1. OPPO Find X2 Pro
  2. OPPO Find X2
  3. OPPO Reno 10x Zoom 12GB
  4. OPPO Reno2
  5. OPPO Reno2 F
  6. OPPO A9 2020
  7. OPPO A5 2020 4GB
  8. OPPO A5 2020 3GB
  9. OPPO A31
  10. OPPO A5s 3GB
  11. OPPO Enco Free
  12. OPPO Enco Q1

Pautan beli: https://www.oppo.com.my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend