OPPO Memperlihatkan Peranti Prototaip Tanpa Sokongan Butang Fizikal Melaras Audio Dan Juga Port Comments Off on OPPO Memperlihatkan Peranti Prototaip Tanpa Sokongan Butang Fizikal Melaras Audio Dan Juga Port

Bersempena dengan acara OPPO INNO DAY 2019 yang berlangsung di Shenzhen, China, OPPO telah memperlihatkan sebuah telefon pintar prototaip masa depan yang menampilkan rekaan skrin penuh tanpa sokongan butang fizikal dan juga port. Kewujudan peranti ini sedikit sebanyak telah memperlihatkan rekaan telefon pintar yang akan diperkenalkan pada tahun 2020 dan 2021 nanti.

 

This slideshow requires JavaScript.

OPPO yang sangat komited dalam menghasilkan telefon pintar masa depan ini telah memperkenalkan teknologi kamera swafoto di bawah skrin yang dikenali sebagai USC (Under-Screen Camera). Malah demonstrasi untuk teknologi ini sudahpun dipertontonkan kepada umum sebelum ini.

Secara keseluruhannya, rekaan peranti ini dilihat sangat elegan kerana ia hanya memiliki satu sahaja butang fizikal iaitu butang kuasa yang ditempatkan pada siri kanan. Proses untuk melaras volume pula boleh dikawal dengan menggunakan kaedah leretan pada panel skrin yang sensitif pada sentuhan.

Ketiadaan slot kad SIM pula telah digantikan dengan sokongan eSIM yang diintegrasikan terus pada papan induk peranti prototaip ini. Manakala untuk proses pengecasan, ia akan menggunakan teknologi 30W Wireless VOOC Flash Charge. Selain itu ia juga akan tampil dengan teknologi speaker di bawah skrin, mirip seperti HUAWEI P30 Pro.

melaluisumber

Baca juga:

OPPO Memperlihatkan Prototaip Telefon Pintar Dengan Teknologi Kamera Di Bawah Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend