OPPO Mempatenkan Telefon Pintar Unik Dengan Rekaan Kamera Berbentuk Bulan?! Comments Off on OPPO Mempatenkan Telefon Pintar Unik Dengan Rekaan Kamera Berbentuk Bulan?!

Hari ini OPPO telah dilaporkan memohon paten di Pejabat Harta Intelek Negara Republik Rakyat China, yang menyaksikan telefon pintar unik dengan rekaan kamera berbentuk bulan.

Pada panel belakang peranti tersebut, ia jelas kelihatan rekaan tiga kamera dan juga LED Flash yang disusun mengelilingi corak berbentuk separa bulatan yang mirip seperti kitaran fasa bulan.

Apa yang lebih menariknya, ketiga-tiga kamera itu juga dipercayai boleh disembunyikan daripada pandangan. Berkemungkinan besar teknologi yang digunakan adalah mirip seperti model OnePlus Concept One yang dipamerkan dalam acara CES 2020 yang lepas.

Walau bagaimanapun, tiada banyak maklumat lain yang berjaya didedahkan buat masa ini.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend