OPPO Mempatenkan Peranti Dengan Panel Skrin Kedua Jenis Terangkat dan Gelongsor Sisi Comments Off on OPPO Mempatenkan Peranti Dengan Panel Skrin Kedua Jenis Terangkat dan Gelongsor Sisi

Demi menghasilkan telefon pintar dengan rekaan skrin penuh, pengeluar telefon pintar dilihat telah menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk menempatkan kamera depan. Ini dapat dilihat melalui rekaan kamera jenis terangkat dan juga rekaan kamera tersembunyi di sebalik rekaan kerangka jenis gelongsor.

Apa yang lebih mengejutkan, OPPO baru-baru ini dilaporkan telah mempatenkan telefon pintar dengan panel skrin kedua yang menampilkan dua rekaan berbeza iaitu jenis terangkat dan juga gelongsor pada sisi kerangkanya. Jika dilihat pada lakaran paten yang dikongsikan, jelas dapat dilihat bahawa peranti ini memiliki bezel atas bagi menempatkan kamera depan, sensor dan juga lubang earpiece.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Letsgodigital, kehadiran skrin kedua ini mungkin berguna dalam situasi kerana ia boleh digunakan sebagai tempat untuk mengawal ketika menonton video ataupun apabila bermain permainan mudah alih.

Apa yang pasti, rekaan yang telah dipatenkan oleh OPPO ini dilihat agak unik tetapi pelik, ini kerana sokongan dwi skrin sudah tentunya secara tidak langsung akan menyebabkan kos penghasilan perantinya itu akan lebih mahal berbanding biasa.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend