OPPO Mempatenkan Ciri Untuk Menyembunyikan Lubang Kamera Dalam Skrin Menggunakan Ikon Comments Off on OPPO Mempatenkan Ciri Untuk Menyembunyikan Lubang Kamera Dalam Skrin Menggunakan Ikon

Huawei dan juga Samsung sebelum ini telahpun mengumumkan penawaran telefon pintar terawal hadir dengan sokongan kamera depan di dalam skrin. Nampaknya OPPO juga bakal menawarkan telefon pintar dengan rekaan yang sama, selepas paten untuk menyembunyikan lubang kamera pada skrin menggunakan ikon mula tertiris di Internet.

Paten yang bertarikh 18 Januari 2019 ini telah ditersenarai dalam laman Pejabat Harta Intelek Dunia (WIPO) dan ia jelas memperlihatkan kedudukan kamera swafoto pada atas kiri skrin. Berdasarkan paten itu juga, ikon kamera akan diletakkan betul-betul di atas lubang kamera dan leretan ke kiri akan mendedahkan lebih banyak ikon pintas tanpa mengubah kedudukan ikon kamera tersebut.

Dari imej paten yang dihantar oleh OPPO itu juga, beberapa petunjuk awal yang lain berjaya didedahkan seperti sokongan dwi kamera utama yang direka secara melintang, kehadiran jalur antena pada bahagian atas serta bawah kerangka, bicu audio 3.5mm, dan juga port microUSB.

Buat masa ini masih tidak dapat disahkan model apakah yang akan menyokong rekaan kamera di dalam skrin ini. Namun seperti yang telah diumumkan oleh OPPO sebelum ini, mereka akan memperkenalkan telefon pintar dengan ciri zum optikal 10x dalam acara MWC 2019 nanti. Berdasarkan khabar angin, model itu mungkin merujuk kepada model OPPO F19.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend