OPPO Malaysia Umum Warna Baharu OPPO F9 Sebagai ‘Jade Green Edition’ Comments Off on OPPO Malaysia Umum Warna Baharu OPPO F9 Sebagai ‘Jade Green Edition’

Semalam OPPO Malaysia telahpun berkongsi imej acah untuk warna baharu OPPO F9, namun begitu nama untuk warna itu tidak pula didedahkan kepada umum.

Melalui perkongsian di Twitter, akhirnya nama rasmi untuk warna baharu itu telah diumumkan sebagai ‘Jade Green Edition’. Berbeza dengan warna sedia ada di pasaran, OPPO F9 Jade Green Edition ini menggabungkan tiga warna yang diinsipirasikan daripada alam semula jadi iaitu kerangka berwarna emas, dan panel belakang kaca dengan efek warna kecerunan putih kehijauan.

OPPO Malaysia Akan Perkenal Warna Baharu Untuk Model OPPO F9 Pada Bulan Ini

Namun begitu, buat masa ini pihak OPPO Malaysia masih belum mendedahkan sama ada edisi istimewa ini akan menerima pakej pembelian yang sama seperti OPPO F9 edisi biasa ataupun tidak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend