OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Tiga Model Keluarannya, Bermula Dari RM699! Comments Off on OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Tiga Model Keluarannya, Bermula Dari RM699!

Hari ini OPPO Malaysia telah membawakan khabar gembira untuk peminatnya apabila telah mengumumkan penurunan harga untuk tiga model keluarannya bermula dari hari ini. Tiga model yang menerima harga baharu ini termasuklah OPPO F7 128GB dengan sokongan kamera swafoto AI beresolusi 25 Megapiksel yang dilancarkan pada April tahun ini, OPPO F5 dan juga OPPO A83.

Model OPPO F7 128GB kini ditawarkan pada harga RM1599, OPPO F5 pula akan dijual pada harga RM999, manakala model OPPO A83 boleh dimiliki dengan harga RM699 sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki peranti OPPO dengan harga baharu ini, pembelian boleh dibuat di OPPO Concept Stores atau melalui laman rasmi OPPO Online Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend