OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Telefon Pintar Keluarannya Sempena Kadar Sifar GST Comments Off on OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Telefon Pintar Keluarannya Sempena Kadar Sifar GST

Bermula dari hari ini (1 Jun 2018), OPPO Malaysia telah mengumumkan penurunan harga telefon pintar keluarannya sempena kadar sifar GST. Kemas kini harga baru ini melibatkan kesemua peranti yang dijual oleh OPPO Malaysia, termasuklah model terbaru OPPO F7, F7 128GB, F5, A83, A37 dan juga A71k (2018).

OPPO F7 x Neelofa Edition yang sebelum ini dijual pada harga RM1,399 juga turut menerima pengurangan harga ke RM1,299 dan kini sudah boleh dipra-tempah di laman rasmi OPPO, Lazada, Shopee dan juga 11street. Pengguna yang membuat pra-tempah di laman rasmi OPPO boleh memilih untuk terus mengambil OPPO F7 x Neelofa pada 9 Jun 2018 di OPPO Concept Store berdekatan.

Bagi model OPPO R15 Pro pula, harga jualannya kekal RM2,399 berikutan harga tersebut sudah ditetapkan pada kadar sifar GST sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend